• ALWAYS LISTENING • ALWAYS UNDERSTANDING • • WE UNDERSTAND • WE CARE •
"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana."
Surah Al-Baqarah : Ayat 240
Thursday, March 13, 2014
Sejarah Takaful
03.03.2011... Lahirlah Iftiqar Ali B Ikram Hafiz. Anak aku nan seorang, bayi lelaki seberat 2.5kg xberat mana waktu Ali lahir, tp sekarang berat dah 25kg pada usia 3 tahun... Boleh tahan la beratnya kalau dukung lama2... Bila lahir je Ali. Isteri tersayang Siti Fairuz Md Hashim...(nama penuh tu...) syorkan kami berikan perlindungan takaful untuk Ali... Waktu tu kesedaran aku tentang takaful ni (insurans) tak berapa mendalam sgt lagi... tp aku faham apa yang wife aku sarankan tu pastinya untuk kebaikan Ali... So aku cakap ON!!!
Maka datang la sedara wife aku yang merupakan seorang agen PruBsn Takaful...xperlu present ke apa... (sebab aku dh search kt internet pakej & benefit sume)....aku terus sign all the forms and bagi all the documents required... So secara sahnya. Ali ada perlindungan Takaful sebelum umur setahun lagi (medical card & saving plan)... waktu tu wife aku sendiri dah ada cover jgk. Also with PruBsn. Aku waktu tu belum ada pape cover... hanya berserah pada takdir, Qada' dan Qadar Allah s.w.t (ramai lagi jenis ni kat Malaysia)
Sepanjang usia Ali...Sehingga la skrg dh 3 thn... Ali xde la selalu sgt sakit...Alhamdulillah...tp pernah masuk wad 4 kali...(budak kecik mmg selalu sakit) disini lah minda aku semakin terbuka... betapa saranan dan keputusan kami dulu amat2 bermakna untuk cover Ali dengan perlindungan Takaful... Bayangkan bila anak sakit... Ibu Bapa mana yang tidak bimbang, semua yang bergelar ibu bapa ingin kan yang terbaik untuk anak2... Aku bersyukur sangat kerana dalam situasi ini Ali dapat berada dalam situasi yang amat2 selesa. Daripada layanan yang baik, keselesaan bilik rawatan, kemudahan untuk sanak saudara melawat, rawatan doktor dan nurse yang mesra sehinggalah kepada urusan ketika discharge semuanya berjalan dengan baik.... Rawatan kesemuanya FOC disebabkan pakej yang kami amik untuk Ali kesemuanya ditanggung oleh PruBsn (full coverage). Ok dah abis bab kt hospital. Dalam 2 minggu dapat plak cek elaun hospital..... Bayangkan.... masuk hospital FOC... masuk je wad dah ada keyakinan anak aku ni mesti cepat sembuh...(dengan izin Allah) kerana suasana yang sihat dapat dirasakan.... Dapat plak elaun masuk wad...(hospital benefit) 2 kali hati kita senang... Syukur Ya Allah....
Nak citer pengalaman masuk hospital kerajaan masa melawat kawan sakit di sebuah hospital kerajaan di JB. Suasana yang penuh sesak... dengan keadaan wad yang agak panas. Pesakit yang datang dari latar belakang yang pelbagai.... aku dapat rasakan isteri kawan aku yang menjaganya 24jam tidak selesa dengan keadaan wad. Kawan aku ni kemalangan motosikal sewaktu nk pergi kerja, sakit bhgn pinggang... kemudian merebak ke tulang belakang.... terus xboleh bangun... Isteri terpaksa amik cuti tanpa gaji menjaga dia... bayangkan keadaan keluarganya waktu.... anak-anak dihantar ke rumah nenek.... bantuan daripada keluarga dan rakan-rakan memang ada tetapi pastinya tidak mencukupi....tp itu bahagian dia...kita mampu mengubah nasib kita jika kita nak... Deritanya xlama sebab akhirnya dia kembali ke Rammatullah... Alfatihah buat arwah Yoi yang telah kembali ke Rahmatullah pada 2013... Semoga rohnya dicucuri Rahmat...
To Be Continued...............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment