layout

• ALWAYS LISTENING • ALWAYS UNDERSTANDING • • WE UNDERSTAND • WE CARE •

"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana."

Surah Al-Baqarah : Ayat 240

Thursday, March 13, 2014

PERLINDUNGAN LENGKAP UNTUK ANDA DAN ORANG TERSAYANG


Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.wt dan dalam 

keadaan sihat walafiat... Amin...InsyaAllah...


Seperti anda baca tajuk artikel ini, saya cuba untuk mengupas seringkas yang mungkin apakah bentuk pelan perlindungan yang lengkap bagi seseorang individu.

Untuk memilih pelan perlindungan yang lengkap, mula-mulanya saya menasihati anda memilih produk takaful dan jauhi produk insurans. Ini kerana takaful adalah pelan perlindungan patuh syariah dan insurans pelan perlindungan tidak patuh syariah. Apakah perbeza antara dua jenis pelan ini, saya akan kupas di artikel lain. sila klik

Syarikat yang menawarkan pelan perlindungan takaful banyak di Malaysia iaitu PruBSNTakaful, MAA Takaful, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful, Great Eastern Takaful dan sebagainya. Kesemua syarikat ini menawarkan pelan yang lengkap kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Apakah yang dimaksudkan oleh saya pelan perlindungan yang lengkap?. Mari kita sama-sama menelitinya. Bagi saya, saya akan membahagikan pelan ini kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1 dan Bahagian 2.


Bahagian 1

Bahagian in kebiasaan disebut sebagai “investment link”. Nama produk Bahagian 1 ini berbeza-beza mengikut syarikat takaful. Bagi PruBSN Takaful dan MAA Takaful Bahagian 1 ini dikenali sebagai Takafulink, Etiqa Takaful dikenali MESRA dan Takaful Ikhlas dikenali IST.

Apakah produk yang telah anda miliki untuk Bahagian 1?
Adakah Takafulink atau MESRA atau IST?

Apakah yang terkandung dalam Bahagian 1? Anda boleh rujuk gambar yang dilampirkan. Bahagian 1 terdiri daripada “life takaful” dan simpanan. Life takaful terdiri daripada unsur pampasan kematian, pampasan sakit kritikal, pampasan hilang anggota atau upaya dan elaun wad.

Bahagian 1 ini akan berfungsi apabila:
  1. setelah peserta meninggal dunia dimana waris peserta akan mendapat manfaat kematian peserta.
  2. setelah peserta disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit krtikal (rujuk ketetapan syarikat masing-masing) dan peserta akan mendapat pampasan sakit kritikal.
  3. setelah peserta hilang upaya atau anggota badan atau lumpuh akibat kemalangan maka peserta akan memperolehi pampasan ini.
  4. setelah peserta masuk wad minima 6 jam (rujuk ketetapan syarikat masing-masing) peserta akan mendapat elaun wad.

Bahagian 2

Bahagian in dikenali sebagai kad perubatan.




Produk  kad perubatan (Medical Card) daripada PruBSN Takafu yang hangat dipasaran sekarang dikenali Takaful Health 2 dan Health Enrich (HE) . Masing-masing mempunyai kekuatan masing-masing serta mampu memberi khidmat yang amat baik kepada pelanggan mereka.

Apakah fungsi kad perubatan ini? Kad perubatan ini digunakan untuk membantu kita menanggung kos rawatan hospital apabila kita memasuki wad untuk rawatan. Sinonim penggunaan kad adalah untuk menanggung kos rawatan sakit krtikal kerana kosnya amat besar.

Sebagai contoh merawat sakit jantung berjumlah RM50,000.00, maka peserta akan menggunakan kad perubatan itu untuk membayar bil rawatan yang dikenakan. Ini adalah sumber bantuan kita yang amat bernilai kerana jika anda tidak memilikinya anda akan menghadapi kesukaran yang amat perit.

Ini kerana anda akan menggunakan semua simpanan, menjual aset, membuat hutang serta memohon bantuan masyarakat semata-mata untuk membayar kos rawatan tadi. Oleh itu, pelan perlindungan yang lengkap haruslah terdiri daripada dua bahagian ini. Kenapa? Saya berikan 3 situasi untuk kita memahami lebih jelas.

Kroolgi dan situasinya adalah seperti bibawah :


Situasi 1 (Peserta hanya mempunyai Bahagian 1 sahaja)

En. Ahmad telah disahkan menghidapi penyakit jantung dan perlu dirawat. Oleh itu, En.Ahmad telah dimasukkan ke hospital kerajaan dan doktor menyatakan En.Ahmad perlu menunggu selama 3 bulan untuk mendapatkan pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) atau mendapatkan pembedahan segera di hospital pakar. Kos rawatan yang perlu ditanggung adalah RM40,000.00 (di IJN ataupun hospital pakar).

En.Ahmad tidak mempunyai kad perubatan maka En.Ahmad perlu mengumpul wang sebanyak RM40,000.00 untuk rawatannya dengan cara terpaksa mengeluarkan tabungan ASB, TH, KWSP, berhutang dengan ahli keluarga dan rakan serta mohon bantuan orang ramai. Keadaan ini amat memeritkan sesiapa sahaja yang mengalaminya.

Namun, En.Ahmad boleh membuat tuntutan sakit krtikal daripada syarikat takaful yang beliau langgan. Jumlah pampasan mengikut berapa yang En.Ahmad carumkan. Pampasan ini akan diperolehi setelah berurusan dalam tempoh masa 1 bulan jika semua dokumen tuntutan lengkap (sila rujuk syarikat takaful anda untuk maklumat lebih tepat untuk polisi anda).

Kesimpulannya, jika anda hanya mempunyai Bahagian 1 sahaja anda akan menghadapi kesusahan yang amat apabila ingin mengumpul duit yang banyak untuk mendapat rawatan. Anda harus ingat, setiap detik boleh membuatkan penyakit anda pulih atau menjadi parah. Mendapatkan rawatan yang cepat dapat menyelamatkan keadaan anda.

Situasi 2 (Peserta hanya mempunyai Bahagian 2 sahaja)
En.Kasim hanya mempunyai kad perubatan sahaja. Apabila En.Kasim disahkan menghidapi sakit jantung, beliau terus boleh mendapatkan rawatan di hospital pakar yang beliau sukai.
En.Kasim tidak perlu bersusah payah untuk mengumpul duit yang banyak untuk membayar kos rawatannya malah hanya perlu menyiapkan maksimum RM1000 sahaja (jika pelan PruBSN Takaful) dan selebihnya dibiayai oleh syarikat takaful. Andaikan kos rawatan jantung En.Kasim berjumlah RM50,000.00 dan En.Kasim memiliki kad perubatan di bawahPruBSN Takaful,
En.Kasim hanya membayar RM1000 sahaja dan selebihya (RM49,000.00) akan di bayar oleh PruBSN Takaful. (RM1000 itu adalah untuk bayaran ko-takaful 10% daripada kos rawatan tertakluk minima RM300 dan maksima RM1000)
Kini En.Kasim telah menjalani pembedahan. Namun beliau tidak boleh membuat tuntutan sakit krtikal kerana beliau tidak mempunyai polisi Bahagian 1.

Situasi 3 (Peserta mempunyai Bahagian 1 dan 2)
En.Ismail juga menghidapi sakit jantung seperti mana En.Ahmad dan En.Kasim namun En.Ismail lagi untung daripada mereka. Kenapa? Untuk rawatan En.Ismail menggunakan kad perubatan seperti En.Kasim dan selepas itu En.Ismail menuntut pampasan sakit kritikal, elaun wad, elaun bedah seperti En. Ahmad.
Untung En.Ismail ialah:
  1. tidak bersusah payah hendak mengumpul duit, rawatan PERCUMA
  2. mendapat pampasan untuk digunakan rawatan susulan ataupun menyara keluarganya.
Inilah 3 situasi yang akan berlaku kepada kita jika pelan perlindungan kita tidak lengkap. Anda boleh pilih situasi yang manakah yang anda ingin pilih. Bagi saya Situasi 3 adalah terbaik, Situasi 2 adalah kedua terbaik dan Situasi 1 adalah ketiga terbaik. Ini adalah nasihat saya :
  1. kepada yang tidak mempunyai Bahagian 1 dan 2...silalah mohon sekarang jika anda sayang pada diri anda dan keluarga anda,
  2. kepada yang mempunyai Bahagian 1 sahaja, saya nasihatkan anda mengambil Bahagian 2 untuk melengkapkan pelan perlindungan anda.
  3. kepada yang telah memiliki Bahagian 1 dan 2 saya ucapkan TAHNIAH!!! kerana anda telah bertindak bijak dalam pengurusan menyelamatkan wang dan diri anda!!!
Saya telah memiliki pelan perlindungan lengkap di bawah pelan Takafulink dan Takaful Health PruBSN Takaful. Mengapa PruBSN Takaful? Saya telah mendapat kelebihan itu dan saya rasa patut berkongsi dengan anda supaya kita sama-sama dapat merasainya. SESUATU YANG MENARIK YANG SAYA INGIN KONGSIKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMILIKI BAHAGIAN 1 DAN 2. 

Untuk dapatkan pelan perlindungan lengkap PruBSN Takaful, anda boleh hubungi saya di talian 0137355533 (Whatsup/Wechat/Telegram) atau email: 
ikramhafiz.alisra777@gmail.com


 0137355533 (Whatsup/Wechat/Telegram) 
atau email: ikramhafiz.alisra777@gmail.com
Sekian terima kasih
Sekian terima kasih
Sebut Harga PruBsn Untuk Diri Anda dan Keluarga : Sebut Harga PruBsn


No comments:

Post a Comment