• ALWAYS LISTENING • ALWAYS UNDERSTANDING • • WE UNDERSTAND • WE CARE •
"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana."
Surah Al-Baqarah : Ayat 240
Thursday, March 13, 2014
PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS KONVENTIONAL
Pada kali saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda apakah perbezaan antara takaful dan insurans. Sebelum itu, suka saya nyatakan, takaful dan insurans mempunyai persamaan tentang konsep iaitu konsep perlindungan. Cuma bagaimana ia boleh berbeza? mari kita sama- sama membaca penerangan yang di ulas oleh Ustaz Zaharuddin (UZAR) tentang isu ini. Kenapa saya memilih beliau kerana beliau adalah antara penceramah yang sentiasa mengaitkan isu-isu perniagaan dalam konteks Islam secara menyeluruhnya.
Antara buku tulisan dan kupasan daripada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Berbalik kepada Takaful, kita tengok apa kata beliau :
Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful? Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
a) Tabarru' dan Mudarabah
b) Wakalah dan Tabarru’
1-Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas :
Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya.
Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2-Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas :
Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-
Demikian penerangan ringkas saya.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
Hukum haram insurans bukan atas nama namun disebabkan 3 unsur iaitu JUDI, GHARAR dan RIBA. Kerana 3 unsur inilah yang menyebabkan Umat Islam diHARAMkan untuk membeli polisi insurans.
Untuk penjelasan yang lebih mendalam tentang pengharaman insurans, anda boleh dapatkan di laman web ini (klik sini) dan (klik sini). Untuk persoalan duit insurans dilaburkan mengikut Islam ulasan UZAR di sini (klik sini). Saya juga lampirkan laman web lain untuk pemahaman pengharaman insurans (klik sini).
Saya berharap, anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada UZAR dan Ust Mohamd Saifudin atas perkongsian ilmu ini.
Sekian, terima kasih.
untuk dapatkan pelan perlindungan lengkap PruBSN Takaful, anda boleh hubungi saya di talian 0137355533 (Whatsup/Wechat/Telegram) atau email: ikramhafiz.alisra777@gmail.com
0137355533 (Whatsup/Wechat/Telegram)
atau email: ikramhafiz.alisra777@gmail.com
Sekian terima kasih
Sekian terima kasih
Sebut Harga PruBsn Untuk Diri Anda dan Keluarga : Sebut Harga PruBsn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment