layout

• ALWAYS LISTENING • ALWAYS UNDERSTANDING • • WE UNDERSTAND • WE CARE •

"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana."

Surah Al-Baqarah : Ayat 240

Sunday, March 16, 2014

PruBSN UMMAH : PERANCANGAN & PERLINDUNGAN HAJI/UMRAH YANG BIJAK

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.wt dan dalam 

keadaan sihat walafiat... Amin...InsyaAllah...


Ibadah Haji adalah Rukun Islam yang kelima yang menjadi impian setiap insan yang beragama Islam. Menjadi kewajipan kepada kita sekiranya mampu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.  Dalam setiap diri kita pasti ada niat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah Al-Mukarramah. Tetapi apakah tindakan kita semua? Sudahkan kita merancang dengan teliti untuk ke sana? Apakah jaminan untuk kita kesana? Sempatkah kita ke sana? Persoalan yang selalu bermain di minda kita yang kadang-kadang hanya berlalu tanpa ada apa-apa tindakan pun.  

Jadi, izinkan saya berkongsi satu pelan yang ada dalam PruBsn Takaful yang bukan sahaja menyediakan perlindungan dan kad perubatan sahaja.  Malah terdapat juga plan yang dapat membantu anda mencapai impian dan tanggung jawab menunaikan ibadah Haji dan Umrah.


Melalui pelan ini kami yakin, kami dapat memberi ispirasi dan membantu anda mendisiplin 
diri bagi memenuhi keperluan rohaniah beserta dengan manfaat-manfaat perlindungannya sekali.

Sebagai contoh, saya sertakan sedikit "Case Study" bagi tujuan ibadah HAJI agar lebih mudah untuk anda sama-sama memahaminya :-

Umur : 30
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pegawai Kerajaan
Status Merokok : Tidak Merokok
Caruman Perlindungan : RM55
Caruman Simpanan Tambahan : RM80
Jumlah Keseluruhan Caruman PruBsn Ummah : RM135 / Sebulan
Sasaran Menunaikan Haji : 10 tahun bermula daripada 2014 yakni pada tahun 2024

Ok, sekarang dengan maklumat dan caruman seperti di atas apa yang anda akan perolehi dan nikmati?

  1. Perlindungan pampasan sejumlah RM10,000 dan khairat kematian RM2,000 akan diberikan kepada waris sekiranya berlaku kematian kepada pemegang polisi
  2. Perlindungan pampasan sejumlah RM10,000 akan diberikan kepada waris sekiranya berlaku lumpuh kekal/sakit kritikal peringkat 3 kepada pemegang polisi dalam tempoh polisi
  3. Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia di Mekah, perlindungan pampasan sejumlah RM 20,000 akan diberikan kepada waris ataupun orang yang dinamakan oleh pemegang polisi
  4. Manfaat Badal Haji - Pemegang polisi tidak perlu bimbang samada hajinya tertunai atau tidak dalam tempoh tersebut kerana walaupun pemegang polisi telah meninggal dunia / lumpuh kekal, pihak PruBsn Takaful akan memastikan impian dan rukun haji anda tercapai dengan mengupah orang lain bagi menunaikan haji buat pemegang polisi.
  5. Melalui PruBsn Ummah, pemegang polisi dapat mendisiplinkan diri menyimpan secara konsisten beserta dengan perlindungan kesihatan yang lebih bijak berbanding dengan institusi simpanan lain

Lebih menguntungkan, dalam tidak sedar secara tidak langsung polisi ini mempunyai caruman simpanan tambahan sebanyak RM 80.  Apakah tujuannya dan apakah kelebihan untuk anda?

Pada tahun 2014, kos menunaikan haji adalah sekitar RM10,000 ke RM15,000 tetapi setelah dikira kadar infalsi negara sebanyak 5% setiap tahun kos menunaikan haji bagi 10 tahun lagi dijangka berjumlah RM15,000 ke RM20,000.

Sebab itulah jumlah caruman bulanan polisi ini ditingkatkan sedikit bagi menampung sebarang kenaikan kos haji pada masa hadapan.  Walau bagaimanapun, apa yang pasti dengan pelan ini, pada umur anda 40 tahun pemegang polisi sudah mampu untuk pergi menunaikan haji dan bersedia dari segala kenaikan kos ibadah haji akibat inflasi negara mahupun meninggal dunia / lumpuh kekal (jika bermula pada umur 20-30 tahun)

 *sila klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas. terima kasih

Jika dilihat daripada segi perbezaan anda menyimpan di bank ataupun di institusi-institusi lain saya telah rangkumkan dalam bentuk jadual seperti berikut:-


Jadi apa yang bermain diminda anda sekarang? Adakah anda pasti anda akan sihat sehingga tiba giliran anda untuk mengerjakan haji? Adakah anda pasti kesihatan anda masih ditahap yang terbaik pada waktu itu? Keputusan di tangan anda, berikan satu jaminan kepada diri anda sendiri untuk menunaikan Ibadah Haji tanpa ada rasa was-was lagi. InsyaAllah

Jadi, apa yang masih membantutkan usaha murni anda untuk kesana dengan hati yang tenang? Hubungi saya untuk penerangan dan khidmat nasihat yang lebih terperinci di:-


No H/P : 0137355533 (Whatsup/Wechat/Telegram) 
No Office : 09-9550588
atau email: ikramhafiz.alisra777@gmail.com

Untuk mengetahui harga sumbangan yang tepat anda boleh mengisi info anda di Sebut HargaPruBsn Takaful (sila klik)


No comments:

Post a Comment