• ALWAYS LISTENING • ALWAYS UNDERSTANDING • • WE UNDERSTAND • WE CARE •
"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana."
Surah Al-Baqarah : Ayat 240
Sunday, March 16, 2014
5 LANGKAH MENYELESAIKAN MASALAH KESIHATAN ANDA
Di sini saya hendak berkongsi dengan anda situasi seseorang jika sedang diuji dengan ujian yang besar dan getir seperti menghidapi penyakit kritikal atau lumpuh. Bukanlah saya mendoakan anda untuk tidak sihat namun inilah situasi yang akan berlaku jika…kitalah yang sakit dan jika…. kita tiada perlindungan.
Saya gariskan 5 langkah kepada untuk menyelesaikan masalah ini. Adakah langkah ini bijak atau sebaliknya, anda yang akan tentukan apabila selesai membaca artikel ini.
Langkah 1
Menghabiskan Simpanan
Mula-mula seseorang itu akan menggunakan duit simpanan yang mereka ada. Tidak kiralah
simpanan gaji atau simpanan dalam tabung haji atau simpanan dalam ASB dan tidak terkecuali juga pengeluaran simpanan KWSP yang semua orang hendak gunakan disaat hari-hari tua. Persoalan, berapa banyakkah simpanan anda? Adakah anda mahu menggunakan langkah ini??? Jika tidak mahu, anda boleh teruskan pembacaan…
Langkah 2
Menjual Aset
Setelah simpanan anda mulai susut, langkah seterusnya adalah menjual aset-aset anda seperti rumah, tanah, barang kemas, kereta dan sebagainya. Semua ini anda akan lakukan demi menyelamatkan ahli keluarga anda daripada terus merana dan menemui ajal.
Persoalannya adalah, berapa banyakkah aset yang anda miliki sepenuhnya? Jikalau rumah yang anda jual, berapa sangat wang yang anda akan dapat kerana rumah masih berhutang dan di manakah anda dan sekeluarga ingin tinggal? Adakah anda akan memperolehi wang dengan segera hasil penjualan rumah tadi? Adakah anda tahu tempoh jualan rumahmemakan masa berbulan-bulan?
Adakah anda mahu menggunakan langkah ini??? Jika tidak mahu, anda boleh teruskanpembacaan…
Langkah 3
Membuat Hutang
Andaikan kad anda tiada hutang tertunggak, had maksimum RM5000 sekeping kad, maka anda telah berhutang dengan bank sebanyak RM15000 beserta faedah 1% sebulan!!! Namun wang itu masih belum cukup merawat sakit jantung yang memerlukan RM50,000.00. Maka anda berhutang pula dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran dan mungkin AHLONG!!!
Jika anda bernasib baik mereka ini menolong anda tanpa banyak soal, persoalannya..bilakah anda mampu melangsaikan hutang-hutang ini? Anda harus ingat kos selepas pembedahan juga anda perlu fikirkan.
Pepatah yang saya gunakan ialah :
“baik bayar bulan-bulan sebelum sakit daripada
bayar bulan-bulan selepas sakit”
Langkah 4
Merayu Kepada Masyarakat
Jika anda seorang fakir miskin saya tidak herdik mereka kerana mereka tidak mampu membeli pelan takaful namun anda yang mampu sengaja menidakmampukan diri untuk memiliki pelan takaful. Saya tidak akan menolong orang golongan ini. Adakah anda ingin masuk surat khabar atau televisyen untuk merayu? Jika tidak…teruskan pembacaan….
Langkah 5
Merayu Memohon Polisi
Setelah sedar akan payah jerih menanggung kos rawatan yang dipikul dek kerena enggan dan sombong untuk tidak memiliki pelan takaful, dengan rela hati maka datanglah mereka kepada agen mereka. Namun ketika itu tiada lagi harapan dan pertolongan yang dapat diberikan kerana apabila anda sudah sakit tiada satu syarikat takaful akan melindungi anda. Semuanya dah terlambat…harap maaf!!!
Begitulah keadaan seseorang yang tiada perlindungan semasa berjuang untuk merawat sakit yang dihadapi. Kesannya semua wang ringgit dan harta benda telah tergadai. Nasihat saya janganlah anda yang kini sedang membaca artikel saya ini bertindak seperti orang sedemikian.
PERSOALANNYA !!!!!!!!
“Adakah anda rasakan 5 langkah ini bijak atau sebaliknya?”
Jika YA…akan boleh teruskan dan jika TIDAK anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan langkah TERBAIK daripada saya…saya akan tolong anda mendapatkan polisi yang terbaik dan sesuai untuk anda di bawah pelan PruBSN Takaful.
Serendah RM100 anda mampu menyelesaikan masalah kewangan merawat penyakit sehingga RM50,000.000 setahun atau anda inginkan perlindungan maksima RM1,500,000.00 setahun?
Saya boleh bantu anda. Hubungi saya di:-
No H/P : 0137355533 (Whatsup/Wechat/Telegram)
No Office : 09-9550588
atau email: ikramhafiz.alisra777@gmail.com
Untuk mengetahui harga sumbangan yang tepat anda boleh mengisi info anda di Sebut HargaPruBsn Takaful (sila klik)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment