layout

• ALWAYS LISTENING • ALWAYS UNDERSTANDING • • WE UNDERSTAND • WE CARE •

"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana."

Surah Al-Baqarah : Ayat 240

Monday, March 24, 2014

POLISI PRUBSN DALAM KANDUNGAN

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.wt dan dalam 

keadaan sihat walafiat... Amin...InsyaAllah...


Tahniah kepada Puan yang sedang mengandungkan cahaya mata, didoakan puan & kandungan sentiasa sihat.

Saya percaya Puan & Tuan pasti mahu menyediakan 1 pelan Smartlink PruBSN Takaful kepadanya. Kini mereka boleh milikinya seawal usia kandungan 20 minggu.

Kelebihan yang boleh diperolehi daripada pelan Pre-Birth SmartLink PruBSN Takaful bakal dimiliki ialah kemudahan kad perubatan seawal dalam kandungan.

1.  PRA-MATANG

Setiap kandungan berisiko untuk menjadi kandungan PRA-MATANG iaitu bayi dilahirkan kurang daripada usia kandungan 36 minggu. Risiko ini tidak boleh diketahui oleh mata kasar walaupun kandungan dalam keadaan sihat.

Apa kesan jika berlaku Pra-Matang? Kesannya ialah tentang pemilikan polisi untuk anak tersayang.


Kita lihat situasi permohonan polisi jika bayi dilahirkan secara pra-matang

Situasi Bayi dilahirkan PRA-MATANG

 AMBIL SELEPAS LAHIR
1. Jika polisi SmartLink diambil SELEPAS lahir iaitu pada anak usia 15 hari. Maka permohonan boleh dilakukan pada usia anak berusia 2-3 tahun. Kelulusan bergantung pada tahap kesihatan anaknya. Risiko lain adalah sepanjang 2-3 tahun bermacam-macam penyakit biasa boleh dihidapi bayi.

 AMBIL SEBELUM LAHIR
2. Jika polisi Smartlink diambil semasa dalam kandungan, saat ini anak kecil ini telah memiliki kad perubatan dan dapat mengelak menunggu tempoh 2-3 tahun untuk ambil. Maka, anak kecil ini boleh guna manfaat kad perubatan seperti bayi lahir normal dan tertakluk kepada WAITING PERIOD dimana waiting period selama 120 hari bermula pada usia 15 hari bayi. 

Maka untunglah bagi bayi telah memiliki pelan Pre-Birth SmartLink PruBSN semasa dalam kandungan.


2. MENGHIDAPI PENYAKIT BIASA SEBELUM MEMOHON PELAN


Jika kita lihat, penyakit mudah menyerang kepada bayi dan seawal lahir bayi sudah diuji dengan pelbagai penyakit. Kebiasaannya ialah :



1. Radang paru-paru (Pheunomia)
2. Asma
3. Broncho
4. Tonsil dan lain-lain



Kebiasaan, polisi bayi boleh diambil pada usia bayi berumur 15 hari. Namun jika penyakit ini dihidapi oleh bayi sebelum 15 hari maka semasa permohonan polisi ini diproses, pihak syarikat akan mengeluarkan 1 PENGECUALIAN terhadap penyakit yang telah dihidapi itu.

Perkara ini membuatkan bayi tuan puan TIDAK BOLEH menggunakan kad perubatan jika penyakit ini berulang.

Untuk elakkan EXCLUSION ini, kita mempunyai pilihan dengan mengambil polisi untuk bayi sejak dalam kandungan.


1. Bayi dilahirkan NORMAL cuma pada usia anak pada 5 hari, anak dihidapi Pheunomia dan diwadkan.

AMBIL SELEPAS LAHIR . Jika polisi SmartLink diambil SELEPAS lahir iaitu pada anak usia 15 hari. Maka PENGECUALIAN keatas Pheunomia akan diberikan.

AMBIL SEBELUM LAHIR . Jika polisi Smartlink  diambil semasa kandungan, maka kos hospital tersebut tidak dibayar cuma TIADA PENGECUALIAN diberikan keatas Pheunomia jika berulang selepas usia anak 135 hari.


Dengan memiliki pelan PruBSN semasa dalam kandungan dapat mengurangkan risiko untuk anak anda diKECUALIKAN daripada mendapat rawatan penyakit yang berulang.


3. Bayi dilahirkan ada penyakit KONGINENTAL



AMBIL SELEPAS LAHIR
1. Jika polisi SmartLink diambil SELEPAS lahir iaitu pada anak usia 15 hari. TIADA PENAWARAN POLISI DIBERIKAN OLEH SYARIKAT atau PEMILIKAN POLISI SANGAT SUKAR.


AMBIL SEBELUM LAHIR
2. Jika polisi Smartlink diambil semasa kandungan, maka jika penyakit KONGINENTALwujud keatas bayi, PENYAKIT KOGINENTAL ini tidak mendapat SEBARANG PAMPASAN DAN PERLINDUNGAN namun kanak-kanak ini masih diberi kad perubatan/polisi untuk penyakit yang lain.


Polisi dalam kandungan adalah merupakan pelan sangat bagus untuk mengelakkan PENGECUALIAN PERLINDUNGAN dan PRA-MATANG serta KONGINENTAL. Polisi ini yang PERTAMA di MALAYSIA adalah daripada Prudential BSN Takaful.




BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

Saya sarankan anda ambil pelan dalam kandungan ini semasa kandungan berusia 20-25 minggu. Sehingga usia kandungan 29 masih boleh memohon cuma jaminan lulus tidak diberikan, boleh cuba memohon. Namun saya ada 2-3 kes usia kandungan 29 minggu masih lepas.

Jika berminat, boleh saya bantu tuan puan mohon permohonan ini. Dokumen diperlukan ialah :

1. Borang O&G dipenuhi oleh Doktor O&G. Kos scan & laporan bernilai RM80 akan dibayar oleh PruBSN Takaful. Borang O&G akan diberikan semasa mahu memohon.


2. Lampirkan bersama borang permohonan & salinan kad perkahwinan.

3. Salinan kad pengenalan depan & belakang ibu & bapa.


Mudah sahaja.

Untuk memohon, anda hubungi saya..saya boleh bantu anda.



Sekian Terima kasih.

No H/P : 0137355533 (Whatsup/Wechat/Telegram) 
No Office : 09-9550588
atau email: ikramhafiz.alisra777@gmail.com

Untuk mengetahui harga sumbangan yang tepat anda boleh mengisi info anda di Sebut HargaPruBsn Takaful (sila klik)


Sunday, March 16, 2014

5 LANGKAH MENYELESAIKAN MASALAH KESIHATAN ANDA


Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.wt dan dalam 

keadaan sihat walafiat... Amin...InsyaAllah...


Di sini saya hendak berkongsi dengan anda situasi seseorang jika sedang diuji dengan ujian yang besar dan getir seperti menghidapi penyakit kritikal atau lumpuh. Bukanlah saya mendoakan anda untuk tidak sihat namun inilah situasi yang akan berlaku jika…kitalah yang sakit dan jika…. kita tiada perlindungan.

Saya gariskan 5 langkah kepada untuk menyelesaikan masalah ini. Adakah langkah ini bijak atau sebaliknya, anda yang akan tentukan apabila selesai membaca artikel ini.

Langkah 1
Menghabiskan Simpanan

Mula-mula seseorang itu akan menggunakan duit simpanan yang mereka ada. Tidak kiralah 
simpanan gaji atau simpanan dalam tabung haji atau simpanan dalam ASB dan tidak terkecuali juga pengeluaran simpanan KWSP yang semua orang hendak gunakan disaat hari-hari tua. Persoalan, berapa banyakkah simpanan anda? Adakah anda mahu menggunakan langkah ini??? Jika tidak mahu, anda boleh teruskan pembacaan…






Langkah 2
Menjual Aset

Setelah simpanan anda mulai susut, langkah seterusnya adalah menjual aset-aset anda seperti rumah, tanah, barang kemas, kereta dan sebagainya. Semua ini anda akan lakukan demi menyelamatkan ahli keluarga anda daripada terus merana dan menemui ajal.
Persoalannya adalah, berapa banyakkah aset yang anda miliki sepenuhnya? Jikalau rumah yang anda jual, berapa sangat wang yang anda akan dapat kerana rumah masih berhutang dan di manakah anda dan sekeluarga ingin tinggal? Adakah anda akan memperolehi wang dengan segera hasil penjualan rumah tadi? Adakah anda tahu tempoh jualan rumahmemakan masa berbulan-bulan?
Adakah anda mahu menggunakan langkah ini??? Jika tidak mahu, anda boleh teruskanpembacaan…




Langkah 3
Membuat Hutang

Langkah seterusnya selepas aset dijualkan ialah membuat pinjaman. Anda mempunyai kad kredit kerana anda mengamalkan gaya hidup moden. Purata seorang mempunyai 3 keping kad kredit. Anda pun terpaksa (bagi saya sukarela sebab anda tidak endah saranan agen untuk membuat perlindungan) mengeluarkan tunai daripada kad-kad tersebut.
Andaikan kad anda tiada hutang tertunggak, had maksimum RM5000 sekeping kad, maka anda telah berhutang dengan bank sebanyak RM15000 beserta faedah 1% sebulan!!! Namun wang itu masih belum cukup merawat sakit jantung yang memerlukan RM50,000.00. Maka anda berhutang pula dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran dan mungkin AHLONG!!!
Jika anda bernasib baik mereka ini menolong anda tanpa banyak soal, persoalannya..bilakah anda mampu melangsaikan hutang-hutang ini? Anda harus ingat kos selepas pembedahan juga anda perlu fikirkan.




Pepatah yang saya gunakan ialah :
“baik bayar bulan-bulan sebelum sakit daripada
bayar bulan-bulan selepas sakit”
Maksudnya jika anda mengambil langkah komitmen bayar bulan-bulan polisi PruBSNTakaful anda tidak akan menghadapi situasi ini dan jika anda enggan dan sombong anda akan bayar juga bulan-bulan namun untuk hutang yang anda buat sehinggakan anda akan hidup dalam kesusahan!!! Ketika ini anda sakit badan dan anda “sakit wang”!!! Andakah anda setuju dengan pepatah saya ini?

Langkah 4
Merayu Kepada Masyarakat

Apabila pinjaman sudah dibuat..mungkin anda berjaya mendapat pinjaman dan mungkin juga anda GAGAL mendapatkan pinjaman, langkah seterusnya menulis email kepada pihak BERSAMA MU TV3, akhbar-akhbar dan juga pengumuman di masjid-masjid. Sewaktu ini anda akan merayu-rayu orang menolong anda. Adakah anda tidak rasa malu?
Jika anda seorang fakir miskin saya tidak herdik mereka kerana mereka tidak mampu membeli pelan takaful namun anda yang mampu sengaja menidakmampukan diri untuk memiliki pelan takaful. Saya tidak akan menolong orang golongan ini. Adakah anda ingin masuk surat khabar atau televisyen untuk merayu? Jika tidak…teruskan pembacaan….


Langkah 5
Merayu Memohon Polisi

Setelah sedar akan payah jerih menanggung kos rawatan yang dipikul dek kerena enggan dan sombong untuk tidak memiliki pelan takaful, dengan rela hati maka datanglah mereka kepada agen mereka. Namun ketika itu tiada lagi harapan dan pertolongan yang dapat diberikan kerana apabila anda sudah sakit tiada satu syarikat takaful akan melindungi anda. Semuanya dah terlambat…harap maaf!!!



Begitulah keadaan seseorang yang tiada perlindungan semasa berjuang untuk merawat sakit yang dihadapi. Kesannya semua wang ringgit dan harta benda telah tergadai. Nasihat saya janganlah anda yang kini sedang membaca artikel saya ini bertindak seperti orang sedemikian.

PERSOALANNYA !!!!!!!!

“Adakah anda rasakan 5 langkah ini bijak atau sebaliknya?”

Jika YA…akan boleh teruskan dan jika TIDAK anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan langkah TERBAIK daripada saya…saya akan tolong anda mendapatkan polisi yang terbaik dan sesuai untuk anda di bawah pelan PruBSN Takaful.

Serendah RM100 anda mampu menyelesaikan masalah kewangan merawat penyakit sehingga RM50,000.000 setahun atau anda inginkan perlindungan maksima RM1,500,000.00 setahun?

Saya boleh bantu anda. Hubungi saya di:-

No H/P : 0137355533 (Whatsup/Wechat/Telegram) 
No Office : 09-9550588
atau email: ikramhafiz.alisra777@gmail.com

Untuk mengetahui harga sumbangan yang tepat anda boleh mengisi info anda di Sebut HargaPruBsn Takaful (sila klik)

PruBSN UMMAH : PERANCANGAN & PERLINDUNGAN HAJI/UMRAH YANG BIJAK

Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.wt dan dalam 

keadaan sihat walafiat... Amin...InsyaAllah...


Ibadah Haji adalah Rukun Islam yang kelima yang menjadi impian setiap insan yang beragama Islam. Menjadi kewajipan kepada kita sekiranya mampu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.  Dalam setiap diri kita pasti ada niat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah Al-Mukarramah. Tetapi apakah tindakan kita semua? Sudahkan kita merancang dengan teliti untuk ke sana? Apakah jaminan untuk kita kesana? Sempatkah kita ke sana? Persoalan yang selalu bermain di minda kita yang kadang-kadang hanya berlalu tanpa ada apa-apa tindakan pun.  

Jadi, izinkan saya berkongsi satu pelan yang ada dalam PruBsn Takaful yang bukan sahaja menyediakan perlindungan dan kad perubatan sahaja.  Malah terdapat juga plan yang dapat membantu anda mencapai impian dan tanggung jawab menunaikan ibadah Haji dan Umrah.


Melalui pelan ini kami yakin, kami dapat memberi ispirasi dan membantu anda mendisiplin 
diri bagi memenuhi keperluan rohaniah beserta dengan manfaat-manfaat perlindungannya sekali.

Sebagai contoh, saya sertakan sedikit "Case Study" bagi tujuan ibadah HAJI agar lebih mudah untuk anda sama-sama memahaminya :-

Umur : 30
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pegawai Kerajaan
Status Merokok : Tidak Merokok
Caruman Perlindungan : RM55
Caruman Simpanan Tambahan : RM80
Jumlah Keseluruhan Caruman PruBsn Ummah : RM135 / Sebulan
Sasaran Menunaikan Haji : 10 tahun bermula daripada 2014 yakni pada tahun 2024

Ok, sekarang dengan maklumat dan caruman seperti di atas apa yang anda akan perolehi dan nikmati?

  1. Perlindungan pampasan sejumlah RM10,000 dan khairat kematian RM2,000 akan diberikan kepada waris sekiranya berlaku kematian kepada pemegang polisi
  2. Perlindungan pampasan sejumlah RM10,000 akan diberikan kepada waris sekiranya berlaku lumpuh kekal/sakit kritikal peringkat 3 kepada pemegang polisi dalam tempoh polisi
  3. Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia di Mekah, perlindungan pampasan sejumlah RM 20,000 akan diberikan kepada waris ataupun orang yang dinamakan oleh pemegang polisi
  4. Manfaat Badal Haji - Pemegang polisi tidak perlu bimbang samada hajinya tertunai atau tidak dalam tempoh tersebut kerana walaupun pemegang polisi telah meninggal dunia / lumpuh kekal, pihak PruBsn Takaful akan memastikan impian dan rukun haji anda tercapai dengan mengupah orang lain bagi menunaikan haji buat pemegang polisi.
  5. Melalui PruBsn Ummah, pemegang polisi dapat mendisiplinkan diri menyimpan secara konsisten beserta dengan perlindungan kesihatan yang lebih bijak berbanding dengan institusi simpanan lain

Lebih menguntungkan, dalam tidak sedar secara tidak langsung polisi ini mempunyai caruman simpanan tambahan sebanyak RM 80.  Apakah tujuannya dan apakah kelebihan untuk anda?

Pada tahun 2014, kos menunaikan haji adalah sekitar RM10,000 ke RM15,000 tetapi setelah dikira kadar infalsi negara sebanyak 5% setiap tahun kos menunaikan haji bagi 10 tahun lagi dijangka berjumlah RM15,000 ke RM20,000.

Sebab itulah jumlah caruman bulanan polisi ini ditingkatkan sedikit bagi menampung sebarang kenaikan kos haji pada masa hadapan.  Walau bagaimanapun, apa yang pasti dengan pelan ini, pada umur anda 40 tahun pemegang polisi sudah mampu untuk pergi menunaikan haji dan bersedia dari segala kenaikan kos ibadah haji akibat inflasi negara mahupun meninggal dunia / lumpuh kekal (jika bermula pada umur 20-30 tahun)

 *sila klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas. terima kasih

Jika dilihat daripada segi perbezaan anda menyimpan di bank ataupun di institusi-institusi lain saya telah rangkumkan dalam bentuk jadual seperti berikut:-


Jadi apa yang bermain diminda anda sekarang? Adakah anda pasti anda akan sihat sehingga tiba giliran anda untuk mengerjakan haji? Adakah anda pasti kesihatan anda masih ditahap yang terbaik pada waktu itu? Keputusan di tangan anda, berikan satu jaminan kepada diri anda sendiri untuk menunaikan Ibadah Haji tanpa ada rasa was-was lagi. InsyaAllah

Jadi, apa yang masih membantutkan usaha murni anda untuk kesana dengan hati yang tenang? Hubungi saya untuk penerangan dan khidmat nasihat yang lebih terperinci di:-


No H/P : 0137355533 (Whatsup/Wechat/Telegram) 
No Office : 09-9550588
atau email: ikramhafiz.alisra777@gmail.com

Untuk mengetahui harga sumbangan yang tepat anda boleh mengisi info anda di Sebut HargaPruBsn Takaful (sila klik)


Friday, March 14, 2014

PENGECUALIAN : PERKARA YANG PRUBSN TAKAFUL TIDAK COVER

PruBSN Takaful tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan  secara langsung  atau tidak  langsung, keseluruhannya  atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:

1.  Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

2.  Penyakit spesifik  yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan.
a.   Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular
b.   Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari c.  Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d.   Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
e.   Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem Pembiakan f.   Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

3.  Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal  yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

4.  Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.

5.  Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana Kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful. Perbelanjaan yang timbul  dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.

6.  Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat  Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya,  AIDS (Sindrom  Kurang Daya Tahan Penyakit)  atau ARC (Kompleks  Berkaitan  AIDS) dan penyakit  berkaitan  HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit  yang memerlukan  kuarantin oleh undang-undang.

7.  Apa-apa rawatan  atau pembedahan dijalankan  untuk  keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

8.  Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan  kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif  mekanikal  atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

9. Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan  apa-apa rawatan  pencegahan, ubat  atau  pemeriksaan  pencegahan yang  dijalankan  oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan  khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

10. Bunuh diri,  percubaan membunuh  diri  atau kecederaan diri  sendiri  yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

12. Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

13. Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang yang Dilindungi dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.

14. Siasatan dan rawatan  gangguan tidur  dan dengkur, terapi penggantian hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

15. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana- mana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

16. Psikotik,  gangguan  mental  atau  saraf  dan  keadaan  yang  disebabkan  oleh  penyakit  nyanyuk
(termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

17. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek  kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak.

18. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

19. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.

22. Caj-caj  yang tidak  Berpatutan  dan Biasa Diamalkan,  atau apa-apa  pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau caj-caj  yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-kemasukan ke Hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas Tarikh Tamat Tempoh.

Pengecualian dan had adalah tidak hanya terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.


 0137355533 (Whatsup/Wechat/Telegram) 
atau email: ikramhafiz.alisra777@gmail.com

Sekian terima kasih

MANFAAT POLISI KANAK-KANAK

Tahniah kepada anda kerana ingin mengetahui pelan yang hendak diberikan kepada anak-anak tersayang anda.

Di PruBSN Takaful kami menyediakan pelan komprehensif 3 dalam 1 di bawah pelan Smartlink (sejak usia 15 hari hingga 18 tahun) dan Smartlink Enhanchement (Sejak dalam kandungan berusia 20 minggu).


Dalam keperluan kita menyediakan kad perubatan & dana pendidikan untuk anak-anak kita, kita perlu mengetahui manfaat yang bakal diperolehi serta jumlah sumbangan yang perlu dilakukan.

Saya akan membantu anda memilih pelan yang bersesuaian dengan keperluan serta bajet anda. Pakej yang saya tawarkan ini adalah mengikut pandangan saya serta merupakan pakej mampu milik bagi setiap orang.


Saya bahagikan kepada 2 jenis pakej iaitu Pakej Advance dan Pakej Basic dimana setiap pakej ada 3 pilihan iaitu Pakej Advance 1, Pakej Advance 2 & Pakej Advance 3 serta Pakej Basic 1, Pakej Basic 2 dan Pakej Basic 3.

Setiap pakej meliputi 3 aspek penting iaitu Perlindungan, Kad Perubatan dan Simpanan (Pendidikan) Cuma membezakannya adalah jumlah manfaat serta bayaran sumbangan bulanan.

Pakej Advance



Pakej Basic


Harga adalah tidak tetap ia bergantung kepada usia anak, usia ibu bapa, jenis pekerjaan ibu bapa serta status merokok ibu bapa.

Sekadar rujukan anda harga bagi
Pakej Advance 1-3 ( RM130-RM180)
Pakej Basic 1-3 ( RM80-RM120) 

Untuk mengetahui harga sumbangan yang tepat anda boleh mengisi info anda di Sebut Harga PruBsn Takaful atau hubungi saya:


 0137355533 (Whatsup/Wechat/Telegram) 
atau email: ikramhafiz.alisra777@gmail.com



Saya akan bantu anda mengenalpasti pakej yang bersesuaian dengan anda mengikut keperluan dan bajet anda. Saya akan consult anda secara terperinci.

Sekian, terima kasih.