layout

• ALWAYS LISTENING • ALWAYS UNDERSTANDING • • WE UNDERSTAND • WE CARE •

"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana."

Surah Al-Baqarah : Ayat 240

Friday, July 4, 2014

DALIL MENGENAI KEPENTINGAN TAKAFUL

Takaful mengikut tafsiran syarak ialah pakatan satu kumpulan untuk saling menjamin dan tolong-menolong antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan maksud hadis : "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit" [Riwayat Ahmad].


Tujuan am Takaful ialah: 
i)     Menjaga kebajikan sosial
ii)    Mewujudkan keharmonian sosial
iii)  Sebagai saluran atau alat sosial di mana "The fortunate many       compensate the unfortunate few"

Untuk memudahkan kefahaman, cuba bandingkan sistem takaful dengan sistem khairat kematian, konsepnya sama, cuma Takaful merangkumi bidang yang lebih luas.

Banyak sekali dalil-dalil yang menjurus kepada perlunya sistem sebegini, antaranya [maksud]:

i)" Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa dan permusuhan" [ al-Maidah, ayat 2].

ii) "Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan itu lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" [Hadis riwayat Bukhari].

iii) "Sesungguhnya orang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa manusia" [Riwayat Ibnu Majah].

iv) "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertakwa." Surah Al Baqarah: 180