layout

• ALWAYS LISTENING • ALWAYS UNDERSTANDING • • WE UNDERSTAND • WE CARE •

"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana."

Surah Al-Baqarah : Ayat 240

Monday, June 9, 2014

KO-TAKAFUL 10% ZERO DEDUCTABLE ATAU FULL COVERAGE



Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.wt dan dalam 

keadaan sihat walafiat... Amin...InsyaAllah...


Masih ramai yang belum memahami 3 plan yang ditawarkan oleh PruBsn Takaful. Maksud saya yang paling terkini dan sedang hangat di pasaran.

Bagi pemegang / bakal pemegang kad perubatan PruBSN Takaful anda ada tiga pilihan untuk memilih plan yang ada Ko-Takaful, Zero-Deductable atau Full Coverage.

Bahasa mudah Ko-Takaful ini ialah perkongsian bayaran kos bil rawatan antara peserta takaful dan syarikat pengendali takaful yang dilantik.

Bagi PruBSN Takaful, peserta memilih Ko-Takaful akan diminta membayar 10% daripada bil dan tertakluk kepada Minima RM300 dan Maksima RM1000.




Ko-Takaful ini saya istilahkan sebagai kos peserta dan perlu dikembalikan semula. Maka dengan ELAUN WAD kos ini dapat diselesaikan.

Bagi Zero Deductable, tiada perkongsian bayaran maka ini PruBSN Takaful akan membayar penuh kos bil yang dikenakan.


Begitu juga dengan Full Coverage, tiada perkongsian bayaran bermakna PruBsn Takaful akan membayar penuh kos bil rawatan.  Buat pengetahuan anda semua, Full Coverage untuk kanak-kanak (umur 1 thn ke 17 thn) tidak terdapat dalam product Takaful Health 2. Jadi ibu bapa perlu memilih product Health Enrich.  




Kita lihat bagaimana pengiraan pembahagian bayaran dan cara atasi masalah ini.

Andai kata polisi peserta ini mempunyai Elaun Wad RM200 sehari dan mendapat rawatan selama 6 hari bil RM5000 di salah sebuh hospital PAKAR.

Bil RM5000 X10% = RM500 (maka client bayar kos ini)

Elaun wad RM200 x 6hari = RM1200 (Kebiasaan selepas 2 minggu dapat cek ini)

Maka, Elaun - Kos = RM1200 - RM500 = RM700 (tunai ditangan untuk digunakan sebagai PENGGANTIAN INCOME semasa sakit kerana tidak bekerja & ambil cuti sakit :-) )

Namun jika kes ZERO DEDUCTABLE/FULLCOVERAGE maka tiada kos. Oleh itu RM1200 (elaun wad) adalah 100% tunai ditangan peserta.

Namun katakan kes ini adalah KES KEMALANGAN. Ko-takaful tadi peserta boleh claim semula...kiraan menjadi begini

Ko-Takaful RM500 (kos peserta) [CLAIM SEMULA - BIASA SELEPAS 2 MINGGU DAPAT CEK]

Elaun Wad RM1200 + claim ko-takaful RM500 = RM1700
 Wang tunai = Rm1700 - RM500 = RM1200 (Oleh itu, kes kemalangan ia 100% walaupun pelan ko-takaful)


Produk dan pelan adalah mengikut kehendak dan kesesuai masing-masing, sama-sama kita merancang untuk masa depan yang lebih baik... gagal merancang bermakna anda telah merancang untuk gagal... 


No H/P : 0137355533 (Whatsup/Wechat/Telegram) 
No Office : 09-9550588


Untuk mengetahui harga sumbangan yang tepat anda boleh mengisi info anda di Sebut HargaPruBsn Takaful (sila klik)